Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MCMC KENAL PASTI AKAUN, INDIVIDU BERKAIT VIDEO PEMENTASAN TULAR

DALAM NEGARA

MCMC KENAL PASTI AKAUN, INDIVIDU BERKAIT VIDEO PEMENTASAN TULAR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial serta individu berkaitan video pementasan yang kini tular, dan didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi diraja, Malaysia serta Rukun Negara.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial serta individu berkaitan video pementasan yang kini tular, dan didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi diraja, Malaysia serta Rukun Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dikenal pasti bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Semakan awal mendapati rakaman berkenaan berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini kembali disebarkan dalam media sosial.

“MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video berkenaan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta PDRM dan MCMC menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung video pementasan berkenaan, termasuk meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan sekiranya terdapat pelanggaran. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading