Connect with us

ALHIJRAH NEWS

20 PENCALONAN TV ALHIJRAH TERSENARAI TOP 5 ANUGERAH SERI ANGKASA 2026

DALAM NEGARA

20 PENCALONAN TV ALHIJRAH TERSENARAI TOP 5 ANUGERAH SERI ANGKASA 2026

Senarai itu merangkumi pelbagai bidang termasuk drama, program keagamaan, hiburan, kewartawanan serta aspek teknikal penerbitan televisyen.

KUALA LUMPUR : Sejumlah 20 pencalonan TV AlHijrah tersenarai dalam Top 5 melibatkan 13 kategori Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.

Senarai itu merangkumi pelbagai bidang termasuk drama, program keagamaan, hiburan, kewartawanan serta aspek teknikal penerbitan televisyen.

Antara kategori yang menyaksikan penyertaan besar TV AlHijrah ialah Pengarah Drama TV Terbaik, apabila tiga daripada lima calon merupakan pengarah karya yang disiarkan di TV AlHijrah.

Mereka ialah Mohd Fazli Yahya menerusi Bilal dan Abah, Mohd Zainorhisyam Samudin menerusi Kalam Murabbi dan Rashid Sibir menerusi Pimpinku Ke Jannah.

Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah turut tersenarai menerusi kategori Skrip Drama TV Terbaik, masing-masing melalui Ahmad Abror Haji Muhammad Rivai dan Rashid Sibir.

Pelakon veteran Jalil Hamid pula menerima dua pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi lakonannya dalam Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Annuar Chew Abdullah tersenarai menerusi Pimpinku Ke Jannah, manakala Harun Hashim menerusi Bilal dan Abah.

Issey Fazlisham turut membawa nama TV AlHijrah menerusi Cinta Fasa 3 dalam kategori Pelakon Komedi TV Terbaik.

Dalam kategori program, Konsert Malam Hijrah Bergema terpilih dalam Top 5 Hiburan Muzikal TV Terbaik menerusi Nurainah Nabeeha Hassan.

Nurainah turut tersenarai menerusi Akademi Qurra’ bagi kategori Rancangan Agama TV Terbaik, sementara Syafinah Othman menerusi Warna berada dalam Top 5 bagi Pesanan Khidmat Awam (PSA) & Kapsul TV Terbaik.

Dalam bidang kewartawanan, tiga daripada lima calon Top 5 bagi kategori Wartawan TV Terbaik adalah dari TV AlHijrah.

Mereka ialah Muhammad Faezuddin Baderol Hesam menerusi Berita AlHijrah: Suriah Bangkit Semula, Nor Hashimah Ismail menerusi Berita AlHijrah: Suriah Bangkit Semula Pasca Kejatuhan Bashar Al-Assad serta Nur Hanisa Hasanuddin menerusi Liputan Berita Bersiri: Kurma Dari Israel.

Nur Hanisa turut menerima satu lagi pencalonan menerusi laporan Kurma Dari Israel bagi kategori Laporan Khas Berita TV Terbaik.

Pencalonan TV AlHijrah turut merangkumi bidang teknikal apabila Sabri Mat Esa tersenarai bagi kategori Jurukamera TV SCP Terbaik menerusi Dapur Nenek: Warisan Autentik Adat Perpatih.

Mohd Firdaus Mustapha pula tersenarai dalam kategori Suntingan Rancangan TV Terbaik menerusi Malaysia Megah Di Puncak Dunia, manakala Mohd Zuhaimi Mohd Zaine tercalon bagi Tatarias TV Terbaik menerusi Konsert Malam Hijrah Bergema.

Anugerah Seri Angkasa merupakan pengiktirafan kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi kepada karyawan dan penggiat industri penyiaran, termasuk pelakon, penerbit, wartawan, jurukamera serta kru di belakang tabir.

Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2026. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading