SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima itu, tahun ini.
Sultan Sharafuddin bertitah ibadah haji merupakan satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan yang jelas.
“Sepanjang berada di Tanah Suci, bersihkan niat dan gunakanlah sepenuh masa serta tenaga tuan-tuan dan puan-puan, untuk melaksanakan amal ibadah.
“Beta juga menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan saling berganding bahu, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa menyempurnakan Kursus Perdana Haji Musim 1445 Hijrah Peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji (TH), di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sultan Sharafuddin bertitah para jemaah perlu terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci, serta menjaga nama baik Selangor dan Malaysia.
“Setakat ini, beta dimaklumkan bahawa jemaah haji Malaysia termasuk dari Selangor, adalah antara jemaah yang berdisiplin serta patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Beta berharap tuan dan puan akan menumpukan perhatian kepada ibadah di Tanah Suci dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang bantahan atau demonstrasi,” titah baginda.
Titah baginda lagi, jemaah haji negara haruslah sentiasalah berhubung dengan petugas haji dan mengikuti segala arahan yang dibuat oleh pihak TH.
Sementara itu Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda telah disembah maklum bilangan pendeposit di TH bagi negeri Selangor ialah sekitar 1.81 juta orang, dengan jumlah simpanan RM18.797 bilion dan jumlah jemaah haji seramai 8,061 orang pada tahun ini.
Baginda turut menitahkan supaya kerajaan Selangor menaja 36 peserta haji dari sembilan daerah di negeri itu, yang dipilih dalam kalangan rakyat yang tidak mampu tetapi benar-benar berhasrat untuk menunaikan ibadah tersebut.
“Kerajaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk program tersebut,” titah baginda.
Sementara itu, Mohd Na’im menerusi sembah ucapan aluan memaklumkan seramai 31,600 bakal haji telah mula mengikuti Kursus Perdana Haji Musim 1445H/2024M anjuran TH, yang diadakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 20 April hingga 5 Mei.
Mohd Na’im berkata kursus selama dua hari satu malam itu, merupakan persiapan terakhir bagi bakal jemaah haji terpilih pada musim ini, sebelum berangkat ke Tanah Suci yang melibatkan aktiviti praktikal seperti tawaf, sa’ie, bermabit dan melontar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager