LZNK SEDIA LATIHAN BANTU NEGARA LUAR BANGUNKAN ZAKAT

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersedia menyediakan latihan untuk pelbagai pihak termasuk wakil agensi zakat dari luar negara, mengenai tadbir urus zakat secara telus dan cekap. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, sehingga kini pihaknya telah melatih beberapa wakil dari Uganda, Ghana dan terkini dari Nigeria serta sudah menerima permohonan daripada Karala di India, Senegal dan Tanzania.
Read more