LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH HANYA TERIMA 10 PERATUS KUTIPAN ZAKAT PADI
Muhammad Sanusi berkata beliau kecewa apabila setiap tahun kutipan zakat padi yang diperoleh hanya antara RM4 hingga RM5 juta sahaja dan kesedaran masyarakat tentang kewajipan menunaikan zakat mengikut taksiran yang betul masih terlalu rendah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (dua dari kiri) di Majlis Agihan Wakalah Zakat Pejabat Kerajaan Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon hari ini.
ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hanya menerima RM5.3 juta kutipan zakat padi tahun lepas atau 10 peratus daripada jumlah sepatutnya iaitu sebanyak RM51.5 juta setahun.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata jumlah itu adalah berdasarkan keluasan lebih 100,000 hektar sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
“Jika ditolak separuh daripada itu yang (mungkin) bukan beragama Islam, maka tinggal RM25 juta dan kalau tolak lagi separuh dengan anggapan tidak mencapai nisab, paling tidak sepatutnya LZNK boleh dapat RM12.5 juta,” katanya selepas Majlis Agihan Wakalah Zakat Pejabat Kerajaan Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.
Turut hadir Pegawai Kewangan negeri Datuk Isahak Murat dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Syeikh Zakaria Othman.
Muhammad Sanusi berkata beliau kecewa apabila setiap tahun kutipan zakat padi yang diperoleh hanya antara RM4 hingga RM5 juta sahaja dan kesedaran masyarakat tentang kewajipan menunaikan zakat mengikut taksiran yang betul masih terlalu rendah.
Katanya telah berlaku kelompongan dalam pembayaran zakat berkenaan yang menyebabkan umat Islam hilang satu sumber kekayaan iaitu zakat.
“Jadi, saya harap seluruh umat Islam di negeri ini dapat menunaikan zakat di LZNK dan sekali gus dapat membangunkan ummah dan menggalakkan pengembangan ekonomi umat Islam khususnya di Kedah,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Wakalah Agihan Zakat Negeri Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM310,000 untuk diagihkan kepada pengurusan institusi pondok dan maahad tahfiz di seluruh negeri bagi tujuan pengurusan.
Katanya sebanyak 34 institusi pondok menerima wang wakalah berjumlah RM3,000 bagi setiap institusi manakala 104 maahad tahfiz menerima RM2,000 setiap satu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked