KES TUKAR AGAMA: BAPA TIGA ANAK DIDENDA KERANA HINA MAHKAMAH

KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menghina mahkamah. Hakim Evrol Mariette Peters menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nagahswaran Muniandy, bekas suami Loh Siew Hong, dan memerintahkannya membayar denda dalam tempoh 14 hari, jika tidak dia akan dipenjarakan selama 14 hari mulai hari ini. Hakim
Read more