Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAHUN BAHARU CINA: KERAJAAN SETUJU BERI DISKAUN TOL, LAKSANA SHMMP

DALAM NEGARA

TAHUN BAHARU CINA: KERAJAAN SETUJU BERI DISKAUN TOL, LAKSANA SHMMP

Perincian mengenai perkara itu akan diumumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat.

foto:BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol dan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan Tahun Baharu Cina, sebagai inisiatif membantu mengurangkan beban rakyat pada musim perayaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat.

“Butiran penuh termasuk kelas kenderaan dan jumlah diskaun akan dimaklumkan oleh KKR. Langkah ini bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa kerajaan akan melaksanakan SHMMP selama sembilan hari bermula dari 13 hingga 21 Feb,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi berkata sebanyak 16 jenis barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina bertujuan memastikan kestabilan harga.

Pada masa sama, SHMMP dilaksanakan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga barangan secara tidak munasabah, terutamanya pada musim perayaan.

Masyarakat Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 17 Feb ini. – Alhijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading