Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

31 TERBUNUH DALAM  SERANGAN BOM DI MASJID

DUNIA

31 TERBUNUH DALAM  SERANGAN BOM DI MASJID

Insiden tersebut disifatkan  paling berdarah pernah berlaku di bandar itu.

(Foto: AFP)

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 31 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu serangan bom di masjid Khadija Tul Kubra di kawasan Tarlai Kalan, tenggara Islamabad, ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Insiden tersebut disifatkan  paling berdarah pernah berlaku di bandar itu.

Sumber keselamatan memberitahu AFP bahawa penyerang meletupkan diri selepas dihalang di pintu masuk masjid. Menurut pentadbiran Islamabad, 169 mangsa telah dibawa ke hospital selepas pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial dan disahkan oleh Al Jazeera menunjukkan mayat berlumuran darah di dalam masjid, dengan serpihan kaca dan runtuhan berselerak di sekeliling kawasan.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dalam satu kenyataan menyuarakan rasa dukacita mendalam terhadap insiden tersebut.

Sementara itu, Duta Besar United Kingdom ke Pakistan, Jane Marriott, turut mengecam serangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Islamabad sebelum ini pernah menjadi sasaran serangan besar. Pada November tahun lalu, seorang pengebom meletupkan diri di pintu masuk Kompleks Kehakiman Daerah Islamabad, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Pada September 2008 pula, serangan bom trak di Hotel Marriott Islamabad meragut sekurang-kurangnya 63 nyawa dan mencederakan lebih 250 orang. – Alhijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading