Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK MAHU BOMBA ALIHKAN POKOK HEMPAP KERETA

DALAM NEGARA

TAK MAHU BOMBA ALIHKAN POKOK HEMPAP KERETA

Mangsa kejadian pokok tumbang tidak mahu dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengalihkan dahan yang menghempap keretanya, di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, malam tadi.

SHAH ALAM: Mangsa kejadian pokok tumbang tidak mahu dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengalihkan dahan yang menghempap keretanya, di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, kejadian pokok tumbang itu berlaku kira-kira jam 8.15 malam.

“Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya.

“Kerja menyelamat dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hadir ke lokasi bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA,” katanya dalam satu kenyataan pada malam tadi.

Ujarnya pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja dan tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden pokok tumbang tersebut.

“Kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading