Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TAK MINTA IZIN KE KEDAI, ISTERI DIPUKUL SUAMI

DALAM NEGARA

TAK MINTA IZIN KE KEDAI, ISTERI DIPUKUL SUAMI

Mangsa telah membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditolak ke dinding oleh suaminya selepas pulang dari kedai hingga menyebabkan kepalanya bengkak dan badannya sakit.

BATU PAHAT: Seorang pengamal rawatan terapi dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya kerana keluar ke kedai tanpa pengetahuannya.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap, 26 Ogos lalu.

Tertuduh yang juga bapa kepada tujuh anak itu dilihat menangis sambil mengesat air mata sebaik hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, dia mencederakan isterinya yang berusia 37 tahun dengan memukul kepala dan menolaknya ke dinding dalam kejadian di sebuah rumah di Senggarang, kira-kira 5.30 petang pada 17 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan bagi kesalahan di bawah Seksyen 323.

Terdahulu, mangsa telah membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditolak ke dinding oleh suaminya selepas pulang dari kedai hingga menyebabkan kepalanya bengkak dan badannya sakit.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati mangsa keluar ke kedai tanpa pengetahuannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading