Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH DI RAUB, TIADA MANGSA TERLIBAT

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH DI RAUB, TIADA MANGSA TERLIBAT

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di laluan belakang premis perniagaan di Jalan Tun Razak di bandar Raub, hari ini.

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di laluan belakang premis perniagaan di Jalan Tun Razak di bandar Raub, hari ini.

Ketua Zon 3 JBPM Pahang Sharulnizam Nasir bagaimanapun berkata runtuhan tanah daripada ketinggian 15 meter dan membabitkan kawasan seluas 30 meter itu tidak melibatkan mangsa.

“Pihak bomba dimaklumkan kejadian pada 2.45 petang dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kawasan itu selamat. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui menerusi status di akaun Facebooknya memaklumkan Majlis Daerah Raub (MDR) akan melakukan kerja pembersihan runtuhan dan menutup laluan belakang bangunan terlibat dengan segera.

“Saya menasihatkan peniaga (di premis terlibat) supaya memastikan tiada pekerja atau sesiapa menetap di bilik belakang bangunan itu kerana dibimbangi jika kejadian berulang, ia boleh membahayakan nyawa,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading