TAULIAH MENGAJAR AGAMA DI BAWAH BIDANG KUASA NEGERI, TIADA CAMPUR TANGAN MENTERI DAN SETIAUSAHA POLITIK
KUALA LUMPUR: Sebarang urusan berkaitan permohonan tauliah mengajar agama adalah tertakluk di bawah bidang kuasa institusi agama Islam negeri dan tiada campur tangan menteri serta setiausaha politik.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah
KUALA LUMPUR: Sebarang urusan berkaitan permohonan tauliah mengajar agama adalah tertakluk di bawah bidang kuasa institusi agama Islam negeri dan tiada campur tangan menteri serta setiausaha politik.
Di Wilayah Persekutuan urusan pentauliahan diperuntukkan dalam Bahagian X-Pendidikan Islam, Seksyen 96, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata perkara itu juga selaras dengan ketetapan dalam Bahagian III, Kaedah 26 dalam Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006.
“Pertimbangan yang dibuat bagi urusan itu ialah tidak mengajar dan menyebarkan apa-apa ajaran yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak menyentuh apa-apa perkara yang berhubungan dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana raja sebagai ketua agama Islam sesuatu negeri.
“Selain itu tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar dan yang tidak selaras dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak menyentuh isu parti politik, tidak menyentuh secara langsung hal-hal peribadi mana-mana individu dan tidak menghina mana-mana pihak berkuasa agama dan mematuhi apa-apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi merujuk isu pemberian tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan susulan sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Herjunot Ali.
Pemilik akaun terbabit telah membuat hantaran yang menimbulkan kekeliruan umum dengan mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan setiausaha politiknya dalam urusan pemberian tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.
Tegas Datuk Dr Luqman kelulusan permohonan tauliah adalah tertakluk di bawah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (MJPPAIWP).
Oleh itu beliau menafikan sebarang bentuk campur tangan dalam isu berkenaan demi menghormati institusi diraja dan memelihara kesucian agama Islam di Malaysia. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests