BAYI 22 BULAN POSITIF DADAH AMPHETAMINE DAN METHAPHETAMINE

Gambar hiasan

TAIPING: Seorang bayi perempuan berusia 22 bulan disyaki positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine selepas menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Taiping mengenai bayi tersebut selepas ibu mangsa membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut ACP Razlam, siasatan awal mendapati mangsa telah dihantar oleh ibunya ke rumah nenek kerana mahu membeli barang keperluan di kedai runcit.

“Ketika hendak tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal. 

“Ibu mangsa yang berusia 22 tahun telah ditahan dan saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis methaphetamine. 

ACP Razlam katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.  – AlHijrah Online / Hamimah Hamid

Leave a Reply