Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LELAKI PECAH TADIKA DITAHAN SELEPAS AKSI KEJAR MENGEJAR

DALAM NEGARA

TIGA LELAKI PECAH TADIKA DITAHAN SELEPAS AKSI KEJAR MENGEJAR

IPOH: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah tadika ditahan polis selepas kejadian kejar mengejar di Sungai Siput, Ahad lalu. 

Ketiga-tiga suspek berusia di antara 20 hingga 29 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput yang mengejar suspek dengan menggunakan kenderaan di kawasan Taman Tun Sambanthan. 

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, jenayah tersebut diketahui polis hasil maklumat yang disalurkan orang awam menerusi hotline Pusat Kawalan Daerah (DCC).

“Pada 9 Julai lalu, tular di media sosial kejadian mengejar antara polis dan suspek yang disyaki terlibat dengan kes pecah tadika.

“Hasil daripada kejadian itu, polis berjaya menahan tiga lelaki dan merampas barang kes iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira, barangan elektrik serta peralatan yang disyaki digunakan semasa pecah tadika,” katanya. 

Jelasnya lagi, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Isnin lalu hingga 14 Julai dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Justeru katanya, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading