Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI BAKAR ISTERI KERANA DITUDUH AMBIL DADAH

DALAM NEGARA

SUAMI BAKAR ISTERI KERANA DITUDUH AMBIL DADAH

Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berusia 33 tahun serta keluarganya kerana menuduh dia mengambil dadah.

MANJUNG: Seorang lelaki tergamak membakar isterinya dipercayai akibat tidak berpuas hati dituduh mengambil dadah di rumah mereka di Kampung Bharu, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakak suspek berhubung kejadian kira-kira jam 6.42 petang pada 10 Julai 2023.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berusia 33 tahun serta keluarganya kerana menuduh dia mengambil dadah.

“Isteri suspek telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Nordin berkata, bedah siasat akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian.

Terdahulu, pihak polis berjaya menahan suspek sekitar jam 11 malam Selasa di sebuah restoran di Lumut.

Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini bagi permohonan reman dan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 18 Julai bagi siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading