MELAKA LULUS PELANTIKAN GURU KAFA SRA, GURU TADIKA JAIM SECARA KONTRAK KHAS
MELAKA: Kerajaan Melaka meluluskan pelantikan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Guru Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) secara kontrak khas serta membuat penyelarasan elaun perkhidmatan.
MELAKA: Kerajaan Melaka meluluskan pelantikan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Guru Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) secara kontrak khas serta membuat penyelarasan elaun perkhidmatan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata Pelantikan Kontrak Khas Kerajaan Negeri Guru KAFA JAIM melibatkan 1,422 guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) membabitkan lantikan sebelum 1 Jan tahun ini.
Beliau berkata pelantikan Kontrak Khas Kerajaan Negeri bagi guru Tadika JAIM juga dibuat melibatkan 375 Guru Tadika JAIM, lantikan sebelum 1 Jan 2023.
“Bagi pelantikan baharu Guru KAFA JAIM 2023, guru-guru tersebut ditawarkan kontrak dengan kadar elaun permulaan sebanyak RM1,000 sebulan dan kadar elaun mereka akan diselaraskan semula selepas disahkan jawatan dan mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata 917 Guru KAFA JAIM lantikan sebelum 2016 menerima imbuhan secara pukal mengikut gaji akhir yang diterima pada 2023 dan layak mendapat tunggakan dari Januari tahun 2022 hingga Jun 2023.
Beliau berkata 505 guru KAFA JAIM lantikan 2016 hingga 2022 pula dibayar imbuhan secara pukal sebanyak RM1,500 sebulan dan akan mendapat tunggakan kenaikan bermula dari Januari 2023.
Katanya selain itu, 314 Guru Tadika JAIM lantikan sebelum 2016, menerima imbuhan secara pukal mengikut gaji akhir yang diterima pada 2023 dan layak mendapat tunggakan kenaikan.
“Pelaksanaan Pembayaran Kontrak Khas ini di Melaka adalah antara yang tertinggi dalam Malaysia dan semua negeri-negeri lain dalam persekutuan Malaysia juga tertakluk dengan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Mengulas mengenai lantikan Guru JAIM sebelum 2016, bersandarkan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S11 yang tidak dilantik semula, Rahmad berkata ia berikutan gred tersebut telah dimansuhkan atau dijumudkan pada 2009 oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata setelah tempoh tersebut, guru-guru JAIM dilantik bersandarkan kepada jawatan Pembantu Operasi Gred N11 namun ia tidak diperakukan oleh SPA berikutan skop tugasan kerja tidak berkaitan dan tidak bersesuaian dengan skim dan gred jawatan tersebut serta tidak mencukupi tempoh lapan jam bekerja sehari.
“Kerajaan Melaka seterusnya mengambil tindakan proaktif bagi menjaga kebajikan dan memastikan guru-guru JAIM dapat terus berkhidmat dengan membuat pelantikan secara Kontrak Khas Kerajaan Negeri dan menaikan elaun perkhidmatan mereka,” katanya.
Berkaitan cuti bersalin tanpa elaun bagi semua guru-guru JAIM, katanya ketetapan tersebut adalah mengikut seperti mana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Tahun 2022 JAKIM. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked