Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TRAUMA KERETA MASUK LONGKANG

DALAM NEGARA

WANITA TRAUMA KERETA MASUK LONGKANG

Seorang wanita trauma selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam empat meter, di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, petang tadi.

KUALA SELANGOR: Seorang wanita trauma selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam empat meter, di Bandar Puncak Alam, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.01 petang tadi.

Sejurus itu, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Alza berada di dalam longkang di lokasi kejadian.

“Mangsa yang merupakan wanita berusia 40-an bagaimanapun tidak tersepit dalam kenderaan, dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading