Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAULIAH MENGAJAR DITARIK, MOHD MASRI DIMINTA HORMATI PROSES RAYUAN

DALAM NEGARA

TAULIAH MENGAJAR DITARIK, MOHD MASRI DIMINTA HORMATI PROSES RAYUAN

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan menarik balik tauliah mengajar Mohd Masri Mohd Ramli kerana melanggar peraturan tauliah bagi pengajaran agama Islam di Selangor.

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan menarik balik tauliah mengajar Mohd Masri Mohd Ramli kerana melanggar peraturan tauliah bagi pengajaran agama Islam di Selangor.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata pihaknya menasihati individu berkenaan (Mohd Masri) dan semua pihak untuk menghormati proses rayuan yang sedang dilaksanakan.

Beliau berkata penarikan balik tauliah itu disyorkan Jawatankuasa Tauliah selepas siasatan terperinci dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil Aduan dan Siasatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024. 

Siasatan itu menurutnya dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung salah laku Mohd Masri.

“Berdasarkan laporan dan syor yang diterima, Jawatankuasa Tauliah telah membuat keputusan untuk menarik balik tauliah mengajar kepada individu tersebut berkuat kuasa pada 4 Dis 2024 kerana didapati telah melanggar perenggan 22(b)(iii), 22(c) dan 22(f) Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024,” katanya. 

Kenyataan itu dikeluarkan susulan hantaran Facebook milik ‘Masri Ramli’ pada 17 Dis lepas berhubung penarikan balik tauliah mengajar beliau.

Abdul Aziz turut mengesahkan Mohd Masri telah mengemukakan rayuan bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah dan perkara itu akan ditimbang teliti dan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. 

MAIS juga menggesa semua pemegang tauliah mengajar agama Islam khususnya di Selangor untuk mematuhi dan tidak melanggar atau mempertikaikan fatwa yang telah diwartakan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading