PENCERAMAH, PENDAKWAH BEBAS DIINGATKAN PATUHI ETIKA, GARIS PANDUAN DITETAPKAN – MOHD NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan kepada penceramah dan pendakwah, khususnya yang bergerak bebas, supaya sentiasa mematuhi etika dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan kepada penceramah dan pendakwah, khususnya yang bergerak bebas, supaya sentiasa mematuhi etika dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Beliau berkata saringan terhadap latar belakang, akhlak dan kelayakan penceramah dan pendakwah bebas tanpa pengiktirafan atau pemantauan institusi berautoriti itu juga perlu diperkukuh supaya dakwah yang disampaikan benar-benar membawa rahmat, bukan fitnah.
“Saya ingin mengingatkan bahawa setiap penceramah, pendakwah dan individu yang membawa imej Islam, terutamanya golongan agamawan bebas, hendaklah sentiasa menjaga akhlak, integriti dan maruah diri selaras dengan ajaran Islam.
“Kedudukan sebagai pendakwah bukanlah lesen untuk memperalatkan agama demi kepentingan peribadi atau terlibat dalam perlakuan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Mohd Na’im berkata Kerajaan MADANI juga komited untuk memperkasakan ekosistem dakwah yang lebih tersusun, profesional dan berintegriti.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihaknya bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Felo Muda Dakwah (FMD) dan Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) yang memfokuskan kepada usaha melahirkan pendakwah-pendakwah muda negara.
“Hingga kini, sebanyak 364 orang sudah menjalani latihan intensif untuk kedua-dua program ini sejak ia dimulakan pada 2014. Inilah antara usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam melahirkan pendakwah yang mencerminkan ummah MADANI,” katanya.
Mengulas berhubung kes melibatkan seorang penceramah bebas yang disyaki terlibat dengan penyebaran video seks, beliau berkata isu itu memberikan implikasi negatif bukan sahaja mencemarkan maruah individu yang terlibat, tetapi turut memburukkan imej institusi dakwah serta menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap agamawan.
Beliau turut menggesa masyarakat supaya memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil serta tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara umum.
“Pada masa yang sama, kita mesti menolak sekeras-kerasnya budaya saling mengaibkan, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk meraih pengaruh atau perhatian,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang penceramah bebas yang disyaki menyebarkan beberapa video seks serta foto mengaibkan isterinya dan wanita lain. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.