Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIPU SIJIL CUTI SAKIT: KSN TUNGGU HASIL SIASATAN 

DALAM NEGARA

TIPU SIJIL CUTI SAKIT: KSN TUNGGU HASIL SIASATAN 

MELAKA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau menunggu hasil siasatan lengkap berkaitan kegiatan menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit palsu yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Sumber: BERNAMA

MELAKA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau menunggu hasil siasatan lengkap berkaitan kegiatan menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit palsu yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Shamsul Azri berkata ketika ini, siasatan masih dijalankan dan beliau belum menerima laporan lengkap kes itu.

“(Siasatan) itu sedang dijalankan dan laporan akan diberikan kepada saya dalam masa segera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Taat Setia MADANI peringkat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Majlis penutup program dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.

Semalam, media melaporkan tiga lelaki termasuk seorang pesakit jantung ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit palsu.

Kegiatan itu terbongkar selepas siasatan dalaman dijalankan terhadap seorang anggota polis yang kerap cuti sakit, dengan sijil dikemukakan dilihat mencurigakan.

Sementara itu, dalam ucapannya Shamsul Azri berkata kesetiaan penjawat awam kepada pemimpin bukan bersifat peribadi, tetapi bersifat kesetiaan terhadap demokrasi berperlembagaan.

“Sebagai penjawat awam, kita berkhidmat kepada kerajaan yang sah mengikut lunas undang-undang. Kita tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi terikat dengan sumpah jawatan yang kita lafazkan untuk mendukung Perlembagaan dan menjunjung undang-undang. 

“Oleh itu, ketaatan kepada pemimpin bukan bersifat individualistik, tetapi ia bentuk pengukuhan terhadap kestabilan negara, keberkesanan pentadbiran dan kelangsungan dasar negara yang digubal secara sah,” katanya.

Terdahulu, Ab Rauf dan Shamsul Azri melancarkan Buku Poket MADANI diterbitkan dalam enam bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Iban dan bahasa Kadazan.

Buku poket itu merupakan panduan ringkas, tetapi menyeluruh untuk memahami kerangka Malaysia MADANI dan mengenali inisiatif utama diperkenalkan kerajaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading