Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKSI “DRIFT” DI PARKIR STADIUM BATU KAWAN, PEMPENGARUH TIKTOK DITAHAN

DALAM NEGARA

AKSI “DRIFT” DI PARKIR STADIUM BATU KAWAN, PEMPENGARUH TIKTOK DITAHAN

Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi “drift” di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, Nibong Tebal, tengah malam tadi.

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi “drift” di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, Nibong Tebal, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.

“Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading