KAMI TAK BERHENTI CARI KELUARGA ABANG SEJAK MEREKA HILANG
“Kami sekeluarga tidak berhenti mencari abang, isteri dan empat anaknya sejak mereka hilang Sabtu lepas, sehinggalah kereta mereka dijumpai di dalam Sungai Korok Kedah,” kata Muhammad Adlan Solehin Ishak.
ALOR SETAR: “Kami sekeluarga tidak berhenti mencari abang, isteri dan empat anaknya sejak mereka hilang Sabtu lepas, sehinggalah kereta mereka dijumpai di dalam Sungai Korok pagi tadi,” kata Muhammad Adlan Solehin Ishak.
Muhammad Adlan Solehin, 24, merupakan adik kepada Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang ditemukan maut bersama isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anaknya Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan.
Mayat enam beranak yang dalam perjalanan pulang ke Jerlun dari rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman di Jitra sejak Sabtu lepas, dijumpai di dalam kenderaan terbabit di Sungai Korok di Jitra pada pagi tadi.
Muhammad Adlan Solehin yang menetap di Perlis berkata dia mengetahui mengenai kehilangan keluarga abangnya itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga yang lain, sebelum turut sama melakukan pencarian mangsa tanpa henti sejak Sabtu.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah abang pada pagi Jumaat, sehari sebelum kejadian, kami bersarapan sekali. Semalam pun, kami cari hingga malam, tetapi tiada sebarang petunjuk.
“Pagi tadi, ada polis yang menghubungi dan meminta kami ke lokasi kejadian (di Sungai Korok) kerana mereka menemukan sebuah kereta di dalam sungai,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.
Muhammad Adlan Solehin berkata dia dan ahli keluarga kemudian mengesahkan bahawa kereta yang ditarik keluar oleh anggota bomba itu ialah kereta milik abangnya berdasarkan pengecaman beberapa pelekat di bahagian belakang kereta berkenaan.
“Saya dimaklumkan, apabila bomba buka pintu kereta sebelah bahagian pemandu, mereka memang menjumpai kesemua mayat mangsa di bahagian belakang kereta.
“Selepas buat pengecaman tadi, kesemua mayat dibawa menaiki trak dan saya turut berada di dalam trak berkenaan. Sekarang proses bedah siasat sedang dijalankan dan pihak hospital maklumkan paling awal selesai sebelum waktu maghrib,” katanya.
Muhammad Adlan Solehin berkata kesemua jenazah akan dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan di sana, berhampiran kubur seorang lagi bayi Muhammad Azim Izat yang meninggal dunia Februari lepas.
“Arwah dapat pasangan kembar lelaki, tetapi yang abang meninggal dunia ketika dalam pantang, jika dikebumikan di situ, mereka akan ‘bersatu’ kembali sebagai tujuh beranak,” katanya hiba.
Dalam pada itu, dia berkata pasangan berkenaan meninggalkan seorang anak sulung, Puteri Qisya Nur Izzat, 12, yang tidak mengikuti keluarga ke rumah saudara pada hari kejadian.
Sementara itu, sepupu kepada Muhammad Azim Izzat, Bashiroh A Hamid, 45, berkata arwah memang rapat dengan ahli keluarga dan tragedi itu memberikan kesan yang sangat mendalam buat mereka.
“Selepas mengetahui mengenai kehilangan keluarga mangsa, kami semua keluar mencari dan anak sulung arwah pun turut sama mencari ayah, ibu dan adik-adiknya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests