PENCERAMAH DITAHAN BERI CERAMAH TANPA TAULIAH -JAINJ
Seorang penceramah agama ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang malam tadi.
JOHOR BAHRU: Seorang penceramah agama ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang malam tadi.
Pengarah JAINJ Nasri Md Ali berkata penahanan ke atas lelaki tempatan berusia 50 tahun itu dilakukan kira-kira 8.30 malam oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana mengajar agama tanpa tauliah.
“Penceramah ini memberi ceramah dengan jemaah serta siaran langsung di media sosial dan rumah itu adalah kediaman individu lain yang dijadikan tempat ceramah setiap hari selepas Maghrib dan Subuh.
“Ketika tangkapan dibuat, ada beberapa orang yang sedang mendengar ceramahnya di rumah itu, siaran langsung di Facebook (FB) dan YouTube, tetapi video sudah dipadam.
“Ketika ini penceramah itu masih dalam siasatan kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata perbuatan mengajar tanpa tauliah membabitkan penceramah itu adalah antara aduan yang dibawa dalam makluman mesyuarat ahli majlis bulan Mei ini dan terdapat arahan serta keputusan Jawatankuasa Tauliah bagi JAINJ mengambil tindakan.
“Mengikut rekod, penceramah ini pernah ditahan atas kesalahan sama pada 2016. Tahun 2020, jabatan ada buat serbuan juga, tetapi dia berjaya lepaskan diri ketika majlis ceramah. Ini kali ketiga tindakan dibuat ke atasnya atas kesalahan tidak ada kebenaran tauliah mengajar,” jelasnya.
“Kita berharap sesiapa yang hendak menyampaikan dakwah di Johor mendapatkan tauliah daripada JAINJ.
“Sama seperti negeri lain yang mewajibkan penganjur atau pendakwah mendapatkan kebenaran tauliah terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu, pendakwah selebriti Ustaz Abdullah Khairi berkongsi satu rakaman video berdurasi dua minit 57 saat memaparkan penahanan seorang penceramah tempatan di Pasir Gudang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager