Tentera Zionis culik seorang lagi kanak-kanak dari keluarga Tamimi

Mohammad Bassem Tamimi

RAMALLAH, 9 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis menyerbu perkampungan Nabi Saleh di Ramallah sebelum menculik kanak-kanak Mohammad Bassem Tamimi, 15, selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya semalam.

Tentera menggeledah rumah mereka secara ganas, merosakkan barangan dan perabut.

Ketika Mohammad Bassem mengenakan pakaian, ibunya Nariman Tamimi menasihati beliau supaya tidak mejawab sebarang soalan tanpa kehadiran peguam dan tidak menandatangani sebarang dokumen. Beliau dilarikan oleh tentera Zionis selepas memeluk semua ahli-ahli keluarganya.

Seorang lagi ahli keluarga mereka, Moayyad Hamza Tamimi, diculik selepas tentera Zionis memecah masuk sebuah rumah lain.

Haluan Palestin melaporkan keluarga Tamimi menjadi sasaran tentera Zionis kerana peranan mereka menganjur bantahan secara aman di Nabi Saleh.

Ahed Tamimi telah beberapa kali ditangkap dan dikurung dalam penjara tentera Zionis selama lebih enam bulan, selepas menampar seorang askar Zionis yang memasuki kawasan rumahnya. Sepupunya, Mohammad, pecah bahagian depan tengkoraknya dan mengelamai kecederaan otak selepas tembak oleh tentera Zionis.

Pada bulan Jun 2018, seorang lagi ahli keluarga mereka, Izz al-Deen Tamimi, 21, ditembak mati selepas dituduh membaling batu ke arah tentera.

Leave a Reply