Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERENGGANU UMUM AHAD 13 OGOS CUTI PERISTIWA

DALAM NEGARA

TERENGGANU UMUM AHAD 13 OGOS CUTI PERISTIWA

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti pada 13 Ogos itu bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mengundi.

“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading