Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH SALUR MANFAAT KHAIRAT RM48,000 KEPADA WARIS JEMAAH HAJI

DALAM NEGARA

TH SALUR MANFAAT KHAIRAT RM48,000 KEPADA WARIS JEMAAH HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyalurkan manfaat perlindungan TH Khairat berjumlah RM48,000 kepada waris jemaah haji Malaysia pertama yang meninggal dunia di Makkah pada musim haji kali ini.

Sumber: Tabung Haji

KUANTAN: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyalurkan manfaat perlindungan TH Khairat berjumlah RM48,000 kepada waris jemaah haji Malaysia pertama yang meninggal dunia di Makkah pada musim haji kali ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Muhammad Syakir, iaitu anak kepada Allahyarham Mohamad Nor Sulaiman.

Allahyarham yang berusia 65 tahun dari Muadzam Shah, Pahang, kembali ke rahmatullah pada Jumaat lalu akibat komplikasi jantung.

Sebelum kejadian, Allahyarham dilaporkan rebah di dataran Masjidil Haram sementara menunaikan solat fardu Jumaat dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar Jabal Omar, Makkah.

Menurut kenyataan TH, Allahyarham ada mencarum dua polisi perlindungan di bawah skim TH Khairat dengan jumlah caruman sebanyak RM48 setahun.

Manfaat asas sebanyak RM24,000 itu kemudiannya digandakan kepada RM48,000 sebagai keistimewaan khusus yang diberikan kepada jemaah haji.

Sesi ziarah dan penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai oleh Pengarah TH Negeri Pahang, Rosdi Dollah.

Turut hadir pada sesi tersebut adalah Pengurus Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Mohd Faiz Zaki, serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Datuk Razali Kassim.

Dalam pada itu, TH turut memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan badal haji bagi pihak Allahyarham pada tahun ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading