TH SENTIASA INGATKAN JEMAAH HAJI PATUHI PERATURAN BAHARU KERAJAAN ARAB SAUDI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu.
SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa mengingatkan jemaah haji di bawah pengurusannya untuk mematuhi setiap peraturan baharu yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu.
Beliau berkata kursus TH yang diadakan untuk bakal jemaah haji sebelum ini turut menekankan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Yang ini (penalti) adalah terkini dan TH telah memaklumkan (kepada jemaah haji). Kita juga ingatkan mereka untuk menjaga imej negara serta patuhi peraturan yang dikenakan.
“Dalam konteks TH, ini yang kita harapkan sebab mereka pergi secara berjemaah, kalau keluar bersendirian jangan sampai termasuk kawasan larangan, jadi peringatan itu sentiasa diberikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini tengah malam tadi.
Menerusi infografik yang dikongsikan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi di platform X, tujuh kawasan terbabit ialah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, Stesen Keretapi Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Penalti akan berkuat kuasa dari 2 hingga 20 Jun 2024 dan kementerian itu memaklumkan SAR10,000 akan dikenakan ke atas semua individu termasuk warganegara, pemastautin serta pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan tersebut tanpa permit haji.
Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang.
Terdahulu, Mohd Na’im bersama pengurusan TH meluangkan masa menyantuni jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci tengah malam ini.
Kumpulan pertama itu, yang terdiri daripada282 jemaah haji Malaysia, berlepas ke Tanah Suci dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1 itu berlepas pada 12.05 tengah malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager