Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

THAI HOT GUY: POLIS TERIMA 60 LAPORAN, ARAH PROGRAM DIBATALKAN

DALAM NEGARA

THAI HOT GUY: POLIS TERIMA 60 LAPORAN, ARAH PROGRAM DIBATALKAN

Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.

KUALA LUMPUR: Penganjur dan pengurusan premis yang mengadakan program melibatkan ‘Thai Hot Guy’ diarah untuk membatalkan penganjuran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – THAI HOT GUY: BERTENTANGAN AJARAN ISLAM, TIDAK HORMAT BULAN RAMADAN

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima 60 laporan mengenai perkara itu, malah membantah penganjuran program terbabit .

Polis kemudian mengadakan perjumpaan dengan penganjur dan pengurusan premis serta memberi amaran keras agar program tersebut dibatalkan serta merta.

“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.

“Pihak polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk tidak menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

Sebelum ini tular di media sosial penganjuran program menampilkan kumpulan ‘Thai Hot Guy’ yang memaparkan imej tidak sopan dan bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.

Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini di sebuah premis di Jalan Tun Razak, di sini.

Promosi berkaitan program tersebut telah menimbulkan reaksi tidak menyenangkan serta kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading