Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KUASA BOLEH PAKSA RAKYAT PALESTIN TINGGALKAN TANAH AIR – ERDOGAN 

DUNIA

TIADA KUASA BOLEH PAKSA RAKYAT PALESTIN TINGGALKAN TANAH AIR – ERDOGAN 

Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin,” kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia. 

Gambar FAIL

ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan pada Ahad bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka sambil menegaskan bahawa Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA). 

“Tiada kuasa yang boleh mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka, yang telah mereka diami selama ribuan tahun.

Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia. 

Cadangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) ke atas Gaza, yang dibuat di bawah tekanan daripada rejim Zionis tidak wajar dibincangkan, kata Erdogan.

“Usaha ini sia-sia dan tidak membawa sebarang manfaat,” katanya, merujuk kepada cadangan Presiden AS, Donald Trump, untuk menempatkan semula rakyat Palestin. 

Beliau turut memuji kumpulan Palestin, Hamas kerana memenuhi janjinya dalam pertukaran tahanan yang sedang berlangsung dengan Israel, meskipun terdapat cubaan Israel untuk menggagalkan proses itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading