KUALA LUMPUR: Tiada maklumat mengenai pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan (esok) seperti yang tular di media sosial hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata beliau telah menghubungi Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berhubung perkara itu.
“Saya telah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada tengah hari tadi dan bertanyakan hal ini maka jawapan yang diberikan kepada saya, beliau sendiri tidak ada maklumat dan memaklumkan apa yang berlaku setakat ini berdasarkan kepada arahan terdahulu iaitu tiada pembukaan.
“Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi lockdown dan yang dibenarkan hanya pekerja-pekerja sahaja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang betugas di masjid itu,” katanya dalam program temu bual ‘Ramadan Kali Ini’ terbitan Bernama Radio dilaporkan agensi berita BERNAMA hari ini.
Tular di media sosial hari ini mengenai satu kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kononnya mengumumkan dua masjid suci umat Islam itu akan dibuka esok berserta garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
Arab Saudi pada akhir Februari lalu memutuskan menggantung kemasukan jemaah ibadah umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah.
Bagaimanapun, semalam Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui instagram Haramain_info menyatakan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka dalam masa terdekat selepas situasi pandemik COVID-19 ditangani.
Tanpa menyatakan tarikh bila dua masjid suci itu akan dibuka, Sheikh Sudais berkata ia tidak akan dilakukan dengan tergesa-gesa untuk kebaikan semua pihak.
Pertengahan Mac lalu, Arab Saudi turut menyekat pergerakan keluar dan masuk ke negara itu untuk membendung penularan COVID-19.
Mengulas mengenai isu solat jemaah di masjid, Zulkifli berkata keputusan membuka semula masjid dan surau bagi aktiviti ibadah, termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah bergantung kepada kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).
“Ia perlu diperhalusi satu persatu, bagaimanapun ia amat bergantung kepada KKM. Justeru, apa-apa keputusan berdasarkan kepada pendapat serta pandangan KKM sewajarnya menjadi pedoman. Ia akan dibincang dari semasa ke semasa,” kata menteri agama itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked