Keganasan terkini di Afrin, Syria, kelmarin yang mengorbankan lebih 40 nyawa benar-benar menguji sejauh manakah keberkesanan operasi pihak berkuasa Turki dan sekutunya, termasuk Tentera Pembebasan Syria (FSA) dalam memulih dan memelihara keamanan di bandar bersempadan dengan wilayahnya.
Keganasan yang menyasarkan orang awam sama sekali tidak dapat diterima, apatah lagi dilakukan ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut minggu pertama Ramadan.
Bom yang sengaja dipasang pada lori tangki minyak untuk memberi impak letupan yang kuat hanya mempunyai satu tujuan iaitu membunuh seramai mungkin!
Apa yang menjadi persoalan, apa salah mangsa (orang awam) sehingga pengganas ini sanggup menghalalkan pembunuhan beramai-ramai?
Pengalaman ketika melaksanakan tugas Misi Khas Kemanusiaan Syria Care Mac lalu di bandar Afrin memberikan penulis gambaran jelas bahawa ia tidak lagi selamat didiami berbanding kawasan Atma dan Sarmada, mahupun di wilayah Idlib.
Di Idlib, sebagai orang asing yang wajah Asianya, penerimaan lebih terbuka, persekitarannya juga jauh lebih selamat kecuali ancaman serangan udara tentera rejim Bashar al-Assad dan Rusia.
Di Afrin jelas jauh berbeza. Suasana sentiasa tegang yang penuh dengan prasangka terhadap sebarang gerak geri.
Perisik dan pemberi maklumat di mana-mana!
Penulis mengalami pengalaman ditahan dan disoalsiasat dua kali dalam tempoh tidak sampai tiga jam kerana dituduh melakukan perbuatan mencurigakan.
Paling tidak dapat dilupakan, dibawa menaiki kenderaan polis tentera di Jindares kerana mengambil gambar falafel dalam kuali. Itulah realiti kehidupan di Afrin, kawasan yang tidak selamat dek pelbagai ancaman.
Paling besar, ancaman pengganas Kurdish!
Sebaik letupan berlaku, tanpa menunggu lama dengan bukti kukuh, Kementerian Pertahanan Turki dalam kenyataannya mendakwa serangan bom itu didalangi kumpulan pengganas Kurdish, Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan cabangnya, YPG, seteru lama yang lebih 35 tahun lalu membunuh puluhan ribu rakyat Turki.
Peluang pengganas itu memperkukuh gerakan bersenjata terbuka sebaik saja konflik di Syria bermula sembilan tahun lalu. Atas semangat nasionalisme Kurdish, ia mempengaruhi rakyat Syria yang sebangsa dengan mereka untuk membentuk tentera bagi menuntut wilayah sendiri.
Dari situ lahirnya Syrian Democratic Forces (SDF), kumpulan bersenjata yang “dihalalkan” oleh pentadbiran Amerika Syarikat kerana terhutang budi menjadi barisan hadapan Rumah Putih memerangi IS/ Daesh di Syria dan Iraq.
Keganasan Selasa lalu menampakkan dengan lebih jelas realiti sebenar orientasi keganasan yang selama ini menjadi teras perjuangannya untuk menuntut kuasa autonomi.
Serangan berkenaan adalah tindakan berskala besar pertama kali selepas dua operasi besar-besaran yang dilakukan Turki sejak awal 2018.
Selepas setahun lebih Operation Olive Branch, Presiden Recep Tayyib Erdogan melancarkan satu satu lagi kempen iaitu Operation Peace Spring pada hujung tahun lalu dengan alasan ingin mewujudkan zon selamat selebar 32 kilometer hingga ke utara Syria bagi memastikan pengganas Kurdish berada jauh dari kawasan sempadannya.
Kini dengan perkembangan terkini yang berlaku di Afrin, ia meningkatkan lagi pertembungan sedia ada penduduk Kurdish-Arab di wilayah itu dan menenggelamkan isu pokok, nasib pelarian Syria.
Dalam kekalutan memerangi wabak Covid-19, apa reaksi Ankara dan komuniti antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah sebegini dari berulang?
Tragedi yang berlaku hakikatnya satu lagi babak malang mangsa konflik di negara Arab itu kerana selepas sembilan tahun konflik perang saudara, ia hanya memburukkan keadaan dan menjauhkan usaha perpaduan untuk memulakan proses damai di Syria. — AlHijrah Online
Penulis adalah Perunding Media Syria Care yang juga bekas penerbit berita TV AlHijrah.
Artikel disunting Syed Azwan Syed Ali.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked