Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KISWAH KAABAH DINAIKKAN SEBAGAI PERSIAPAN MUSIM HAJI

DUNIA

KISWAH KAABAH DINAIKKAN SEBAGAI PERSIAPAN MUSIM HAJI

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah menaikkan bahagian bawah Kiswah, kelambu hitam yang menutupi Kaabah sehingga tiga meter sebagai persiapan menghadapi musim Haji 1446 Hijrah.

Sumber Gambar: Haramain Sharifain

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah menaikkan bahagian bawah Kiswah, kelambu hitam yang menutupi Kaabah sehingga tiga meter sebagai persiapan menghadapi musim Haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Bahagian binaan yang terdedah kemudiannya ditutup dengan kain kapas putih selebar dua meter di semua sisi.

Proses itu dilaksanakan oleh pasukan khusus melalui prosedur yang teliti dengan penuh penghormatan terhadap kesucian tapak serta mematuhi piawaian keselamatan dan profesionalisme yang tertinggi.

Prosedur tahunan itu bertujuan memelihara Kiswah dan melindunginya daripada sentuhan atau kerosakan, khususnya semasa tawaf.

Upacara tahunan itu mencerminkan tahap pengurusan yang teliti dan persiapan menyeluruh bagi menerima ketibaan jemaah haji.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading