Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI WANITA MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI VAN DI KESAS DIDAKWA DALAM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

SUAMI WANITA MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI VAN DI KESAS DIDAKWA DALAM MASA TERDEKAT

Suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari van yang dinaikinya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya pada 6 Mei lepas akan dituduh dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR: Suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari van yang dinaikinya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya pada 6 Mei lepas akan dituduh dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan kematian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program derma darah sempena Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 6 Mei lepas, seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya KESAS dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat pertengkaran antara mangsa dengan suaminya.

Sementara itu, mengenai kes penemuan mayat bayi lelaki di Sungai Klang pada 9 Mei lepas, Mohamed Usuf berkata siasatan masih dijalankan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading