Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MAUT SELEPAS MOTOSIKAL LANGGAR LEMBU

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MAUT SELEPAS MOTOSIKAL LANGGAR LEMBU

Kejadian berlaku semasa lelaki yang menunggang motosikal Honda RS150 itu dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng, apabila dia tidak sempat mengelak lembu yang sedang melintas jalan.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng-Mawai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 49 tahun itu pada kira-kira pukul 1 pagi. 

Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki yang menunggang motosikal Honda RS150 itu dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng, apabila dia tidak sempat mengelak lembu yang sedang melintas jalan.

“Akibat kemalangan, lelaki itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yusof berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading