TIADA SEBARANG PERMOHONAN BANTUAN SARA RM100, RAKYAT DIMINTA WASPADA PENIPUAN – LIM
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan penipuan berkaitan pemberian bantuan tunai RM100 secara sekali bayar menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan penipuan berkaitan pemberian bantuan tunai RM100 secara sekali bayar menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata bantuan berkenaan tidak memerlukan sebarang permohonan atau pendaftaran dan wang itu akan dikreditkan secara terus kepada semua pemegang MyKad berumur 18 tahun ke atas bermula pada 31 Ogos ini.
“Kami menerima banyak pertanyaan mengenai cara mendaftar tentang SARA RM100 itu, malah ada juga aduan mengenai pautan palsu dan mesej yang mendakwa rakyat perlu mendaftar segera untuk mendapatkan bantuan terbabit, ini semua tidak benar dan amat berbahaya serta jangan sesekali tekan pautan diberikan kerana ia adalah scam.
“Di sini, saya inginkan tekankan bahawa bantuan RM100 itu tidak perlu dimohon dan tidak perlu daftar kerana ia akan dikreditkan terus secara automatik melalui MyKad, jadi tidak perlu risau, semua individu yang berumur 18 tahun ke atas akan dapat, cuma (jika ada yang tidak terima) selepas 31 Ogos, maklumkan kepada kementerian (untuk tindakan seterusnya),” katanya.
Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Rujukan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Bengkel Teknik Menjawab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bahasa Cina dan Pendidikan Moral Pulau Pinang di sini hari ini.
Pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif utama di bawah Kerajaan MADANI, termasuk pemberian RM100 secara sekali bayar kepada rakyat melalui program SARA, penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya, dan subsidi harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.
Sementara itu, Lim berkata kerajaan juga bersedia mempertimbangkan supaya barangan basah seperti ayam, daging dan ikan turut disenaraikan di bawah program SARA, namun ia perlu diteliti terlebih dahulu termasuk mendapatkan pandangan semua pihak terutama penerima bantuan SARA dari semasa ke semasa.
“Kita tidak berhenti untuk dengar pandangan dan cadangan berhubung barangan yang disenaraikan dalam SARA, jadi memang ada (cadangan) tentang makanan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya, kita akan memantau dan meneliti serta jika sampai masanya kita rasa perlu dimasukkan, kita akan kembangkan (senarai barangan),” katanya.
Beliau berkata pada 1 Mei lepas, kerajaan memperluas pembelian SARA merangkumi barangan kebersihan kelengkapan rumah antaranya sabun pencuci pakaian, sabun pencuci lantai dan sabun pencuci pinggan mangkuk selain barangan makanan asas, ubat-ubatan, kelengkapan persekolahan dan barangan kebersihan diri.
Katanya, penambahan kategori barangan itu menjadikan 14 kategori barangan berbanding 13 kategori sebelum ini merangkumi 90,000 jenis barangan kesemuanya, hasil maklum balas yang diterima semasa pelaksanaan SARA pada awal tahun ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests