Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BAKAL JEMAAH HAJI KUMPULAN PERTAMA POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

TIGA BAKAL JEMAAH HAJI KUMPULAN PERTAMA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai tiga daripada 298 bakal jemaah haji kumpulan pertama bagi musim 1443H/2022 dikesan positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR yang dibuat sebelum penerbangan.

Sebahagian bakal jemaah haji kumpulan pertama yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai tiga daripada 298 bakal jemaah haji kumpulan pertama bagi musim 1443H/2022 dikesan positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR yang dibuat sebelum penerbangan.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mereka yang dikesan positif itu telah dinasihatkan untuk menjalani kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Bagi penerbangan pertama ini terdapat tiga bakal jemaah haji dikesan positif COVID-19 hasil ujian PCR dan mereka telah memaklumkan kepada kami lebih awal.

“Selepas tamat tempoh kuarantin dan tiada simptom, mereka boleh mendapat nasihat daripada pihak hospital dan doktor untuk membuat ujian RT-PCR sekali lagi.

“Jika keputusan negatif dan penerbangan masih ada, TH akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka dapat menunaikan haji tahun ini,” katanya.

Ujarnya Arab Saudi telah menetapkan hanya jemaah yang memperoleh keputusan negatif ujian RT-PCR sahaja dibenarkan untuk menunaikan haji.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick, KLIA hari ini.

Penerbangan kumpulan pertama bakal jemaah haji Malaysia dijadual berlepas pada jam 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 4.55 petang waktu Arab Saudi. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading