Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BERADIK MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG MPV

DALAM NEGARA

TIGA BERADIK MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG MPV

Tiga beradik maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7 Jalan Benta/Lamir di Kuantan hari ini.

KUANTAN: Tiga beradik maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7 Jalan Benta/Lamir di Pekan dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian yang dipercayai berlaku pada 12.30 tengah hari itu menyebabkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mereka ialah Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, adiknya Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, lima, yang beralamat di Kampung Langgar, Pekan. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Kampung Lamir ke Kampung Langgar terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh MPV yang menghala ke Kuantan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Mohd Zaidi berkata MPV itu dinaiki tujuh sekeluarga dengan tiga daripada mereka cedera. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading