Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN SUAMI ISTERI MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

DALAM NEGARA

PASANGAN SUAMI ISTERI MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

Dalam kejadian itu, mangsa Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

GERIK: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik-Jeli tengahari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

Tiga anak mangsa yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah manakala pemandu lori treler selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, bomba menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada jam 1.10 petang.

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,” katanya.

Menurut Mohd Azizan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.–AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading