Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA INDIVIDU EDAR RISALAH KRISTIAN SECARA TERBUKA DIBURU POLIS

DALAM NEGARA

TIGA INDIVIDU EDAR RISALAH KRISTIAN SECARA TERBUKA DIBURU POLIS

Tular video memaparkan individu terbabit dipercayai warga asing cuba menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian sebelum ditegur individu beragama Islam.

This image has an empty alt attribute; its file name is kristian-1024x683.jpg

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga individu termasuk dua lelaki warga asing dipercayai menyebarkan agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan pada Isnin lalu berhubung video tular memaparkan tiga individu menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan tiga individu sedang dilakukan bagi membantu siasatan. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tular video memaparkan individu terbabit dipercayai warga asing cuba menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian sebelum ditegur individu beragama Islam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading