Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONSERT ‘PINKFISH’: TUJUH PENGUNJUNG AMBIL PIL EKSTASI TERMASUK EMPAT MAUT – POLIS

DALAM NEGARA

KONSERT ‘PINKFISH’: TUJUH PENGUNJUNG AMBIL PIL EKSTASI TERMASUK EMPAT MAUT – POLIS

Empat individu warga tempatan yang meninggal dunia selepas terlibat dengan sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, Ahad lalu, disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Empat individu warga tempatan yang meninggal dunia selepas terlibat dengan sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, Ahad lalu, disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat tiga lagi mangsa lain dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya kesemua mangsa termasuk yang meninggal dunia juga didapati hadir secara berasingan dan tidak mengenali antara satu sama lain.

“Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi sudah di discaj dari hospital, kesemua pesakit menunjukkan simptom yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, pihaknya telah membuka empat kertas siasatan berkaitan kes kematian itu untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

“Sehingga kini, kita telah menerima enam laporan polis daripada pihak PPUM dan HKL.

“Pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah termasuk punca kematian,” ujarnya.

Seramai enam individu telah dirakam bagi membantu siasatan termasuk penganjur konsert, katanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627222 atau balai berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading