Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, KANAK-KANAK CEDERA MPV BERTEMBUNG TRELER 

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, KANAK-KANAK CEDERA MPV BERTEMBUNG TRELER 

Tiga maut manakala seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler di Kilometer 33, Jalan Lahad Datu-Tawau, kira-kira 1.05 petang semalam.

Sumber: Media sosial

LAHAD DATU: Tiga maut manakala seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler di Kilometer 33, Jalan Lahad Datu-Tawau, kira-kira 1.05 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila MPV jenis Toyota Innova yang dipandu seorang lelaki dari arah bandar Lahad Datu menghala ke Tawau cuba memotong beberapa kenderaan di hadapannya, namun gagal kembali ke laluan asal sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu, pemandu MPV berusia 40 tahun dan dua penumpang berusia 39 dan 43 tahun dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan, manakala kanak-kanak lelaki yang cedera parah dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Dzulbaharin berkata pemandu treler berusia 56 tahun cuma mengalami kecederaan ringan. 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Jafri Juat menerusi talian 089-881255 atau datang terus ke IPD Lahad Datu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading