PENJENAYAH DITEMBAK MATI DALAM KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS DI DENGKIL
Seorang lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, dekat sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata kejadian berlaku pada 8.10 malam ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) menjalankan operasi mengesan dan mencegah kes samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang, dekat sini.
Beliau berkata ketika rondaan menggunakan kenderaan pasukan, anggota D9 terserempak sebuah Perodua Myvi berwarna perak dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
“Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan.
Sementara itu, pada sidang media di Sepang hari ini Kumar berkata suspek dipercayai ketua kumpulan samun yang dianggotai lebih kurang 10 orang.
Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan rumah kediaman, tapak projek atau kilang e-waste sebagai sasaran, dengan bersenjatakan pistol, parang atau batang besi.
“Kumpulan ini dipercayai aktif sejak 2022 dan jumlah kes samun yang melibatkan mereka adalah sebanyak 19 kes, iaitu 17 di Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.
“Untuk tempoh 2022 hingga Oktober lepas, anggaran kerugian hasil kegiatan samun kumpulan itu berjumlah RM2.53 juta,” katanya.
Kumar berkata pihak polis telah mengenal pasti saki-baki ahli kumpulan yang terlibat dan usaha untuk mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked