Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIGA MAUT TERSEPIT APABILA KERETA REMUK DIREMPUH TRELER DIESEL

DALAM NEGARA

TIGA MAUT TERSEPIT APABILA KERETA REMUK DIREMPUH TRELER DIESEL

Tiga individu maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan diesel di Jalan Gua Musang–Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.

GUA MUSANG: Tiga individu maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan diesel di Jalan Gua Musang–Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi wanita cedera parah.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.16 pagi sebelum lapan anggota tiba di lokasi kejadian dengan dua jentera pada 7.52 pagi.

“Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Ketiga-tiga penumpang Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang didapati cedera parah, manakala pemandu treler selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata treler terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Bharu.

Menurutnya, semua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi proses selanjutnya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading