Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, TIGA CEDERA KERETA TERBABAS KE DALAM PARIT

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, TIGA CEDERA KERETA TERBABAS KE DALAM PARIT

Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, awal pagi tadi.

KUALA LANGAT:  Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan pada 3.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan enam lelaki tempatan itu.

Susulan itu, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

“Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta dan telah berjaya dibawa keluar bermula 4.20 hingga 5.15 pagi. 

“Tiga mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan antaranya di kepala, badan serta kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading