Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA SEKELUARGA MAUT DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

TIGA SEKELUARGA MAUT DALAM KEBAKARAN

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata mereka yang meninggal dunia dalam kejadian pada 2.40 pagi itu ialah Ng Geok Choo, 63, Lee Chiw Yong, 30, dan Chen Si Jing, 11.

Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaan di sebuah rumah yang terbakar Kampung Dato Bentara, Jalan Limau Manis, Ulu Tiram, awal pagi tadi. Seorang kanak-kanak lelaki Chen Yu Rong, 12, terselamat dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini. — fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Dato Bentara, Jalan Limau Manis, Ulu Tiram, di Johor Bharu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata mereka yang meninggal dunia dalam kejadian pada 2.40 pagi itu ialah Ng Geok Choo, 63, Lee Chiw Yong, 30, dan Chen Si Jing, 11.

Beliau berkata seorang kanak-kanak lelaki Chen Yu Rong, 12, terselamat dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Hubungan mangsa dalam kejadian kebakaran ini adalah ibu, anak lelaki dan cucu perempuan.

“Kesemua mayat dibawa ke HSI untuk pengecaman identiti,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Rafie Ahmad Sareng berkata 24 anggota berserta lima jentera digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan berkaitan kejadian.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa melecur di seluruh badan, manakala kanak-kanak lelaki yang terselamat pula melecur di muka dan tangan serta telah diberikan rawatan awal.

“Dua mangsa (ibu dan cucu) meninggal dunia di dalam bilik tidur depan, manakala mangsa lelaki berada di bilik air.

“Kanak-kanak lelaki itu yang berada di ruang tamu ketika kejadian diselamatkan bomba selepas pintu jeriji besi rumah berjaya dibuka,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading