Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIGA WANITA WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI SEGAMAT

UTAMA

TIGA WANITA WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN DI SEGAMAT

Tiga wanita warga emas maut manakala 11 mangsa lain termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang Stesen, Labis, dekat sini, petang tadi.

SEGAMAT: Tiga wanita warga emas maut manakala 11 mangsa lain termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang Stesen, Labis, dekat sini, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamad, berkata sebaik  menerima panggilan pada jam 5.16 petang, seramai 18 anggota BBP Labis dan Bandar Baru Segamat dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ia turut melibatkan dua jentera FRT dan dua jentera EMRS dan setibanya di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Hilux dan Honda Jazz.

“Tiga yang maut merupakan wanita dewasa, manakala tujuh yang lain terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan cedera.

“Turut cedera dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki Honda Jazz,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Zakaria, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Segamat dan operasi ditamatkan pada jam 6.26 petang,” katanya.

Difahamkan,mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 60-an dan 80-an dan berasal dari Simpang Renggam, Kluang dan Benut, Pontian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Ahmad Zamry Marinsah, ketika dihubungi, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading