TOKOH AL-QURAN USTAZ NIK AZIZAN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Tokoh Al-Quran dan guru Tarannum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar meninggal dunia pagi tadi.
Dikhabarkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berita pemergian Allahyarham dilapor telah dikongsikan oleh keluarga beliau.
Allahyarham aktif menyampaikan ilmu Al-Quran menerusi pelbagai saluran dan pernah menjadi pengacara program Jom Tarannum terbitan TV AlHijrah. –AlHijrah Online