Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAGEDI KANJURUHAN: FIFA TIDAK KENAKAN HUKUMAN KE ATAS INDONESIA

DALAM NEGARA

TRAGEDI KANJURUHAN: FIFA TIDAK KENAKAN HUKUMAN KE ATAS INDONESIA

Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino menerusi surat kepada Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Foto Arkib

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengesahkan negaranya tidak akan dikenakan hukuman oleh FIFA susulan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut 125 nyawa termasuk kanak-kanak.

Perkara itu disampaikan oleh Presiden FIFA Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

“Berdasarkan surat tersebut, alhamdulillah bola sepak Indonesia tidak dikenakan sanksi oleh FIFA,” kata Jokowi dalam satu kenyataan, sambil menambah Infantino akan melawat Indonesia bulan ini atau November.

Beliau berkata Indonesia, FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan bekerjasama mentransformasikan bola sepak negaranya.

Perkara yang akan diberi perhatian termasuk jadual pertandingan, standard keselamatan stadium, prosedur operasi standard keselamatan serta sesi libat urus bersama pakar, kelab dan wakil penyokong.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading