Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Trump iktiraf Bukit Golan milik Israel

DUNIA

Trump iktiraf Bukit Golan milik Israel

Trump memberi ‘pengiktirafan’ terhadap pemilikan Israel ke atas Bukit Golan. – Foto Sinar Harian

WASHINGTON, 26 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Bertempat di Rumah Putih, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyaksikan Trump menandatangani pengiktirafan tersebut turut memuji tindakan presiden AS itu.

“Keputusan mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan merupakan detik yang amat bersejarah,” kata Netanyahu yang berada di Washington bagi menghadiri persidangan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel – AS (AIPAC).

Sementara itu, Presiden Trump berkata, keputusan mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi.

Dalam pada itu, jurucakap Menteri Luar Rusia, Maria Zakharova menegaskan, deklarasi yang ditandatangani Trump itu bertentangan dengan prosedur antarabangsa dan hanya akan menimbulkan ketegangan di Timur Tengah.

Sinar Harian memetik laporan AFP menyebutkan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu turut mengkritik tindakan Trump yang seolah – olah memberi ‘hadiah’ buat Netanyahu yang bakal menghadapi pilihan raya pada 9 April depan.

Terdahulu, wilayah Bukit Golan dirampas rejim Israel dari Syria ketika Perang Enam Hari pada 1967.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading