Tun Mahathir Tidak Tahu Status Terkini Kontrak ECRL

Tun Dr Mahathir memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui status terkini berkenaan kontrak kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada telah dibatalkan atau tidak.

Jelasnya beliau baru pulang dari lawatan kerja luar negara dan tidak mengetahui berkenaan penamatan kontrak berkenaan.

Katanya perkara itu akan dibincangkan di mesyuarat kabinet hari ini.

“Salah satu cara kita menangani masalah ini adalah dengan menamatkan kontrak. Tapi bila tamatkan kontrak, perlu membayar pampasan yang banyak, billion,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) di Putrajaya pagi tadi.

Sebelum ini, Malaysia dikatakan dalam fasa mencari kontraktor baharu bagi menerajui projek ECRL setelah menamatkan penganugerahan kontrak kepada CCCC.

Leave a Reply